Pengenalan Layar sayap

Bahagian atas sayap katamaran lumba Oracle AC45

Layar sayap mempunyai dua bahagian yang membentuk aerofoil, bahagian "lembut" dan "keras". Kedua-duanya dipasangkan pada tiang yang berputar tanpa pengukuh.[4] Layar sayap keras adalah tegar dan hanya dapat disimpan jika dicabut daripada bot manakala layar sayap lembut[5][6] boleh digulung atau disimpan di atas bot.[4]

L. Francis Herreshoff memelopori sejenis laberang khas untuk kapal dengan layar dua, satu dipanggil layar cucur dan satu lagi dipanggil layar agung. Layar-layar ini diperbuat daripada dua lapisan kain dan dipasangkan pada tiang berputar di bahagian hadapan kapal. Katamaran Kelas C, kategori bot layar lumba berprestasi tinggi, telah menguji dan memperhalusi layar sayap untuk berlumba sejak 60-an. Seorang lelaki Inggeris bernama John Walker telah menguji layar sayap pada kapal kargo dan kemudian membangunkannya untuk digunakan pada kapal layar pada 1990-an. Layar sayap telah digunakan pada pelbagai jenis bot, daripada bot kecil seperti dingi Optimist dan Laser, kepada bot yang lebih besar seperti kapal layar persiaran, malah pada bot layar perlumbaan yang pantas seperti USA-17. Bot-bot kecil mempunyai sehelai fabrik untuk layar sayap yang perlu didirikan secara manual. Bot pelayaran mempunyai layar sayap yang lebih fleksibel yang boleh diturunkan apabila tidak digunakan. Bot berprestasi tinggi mempunyai layar sayap yang diperbuat daripada komponen-komponen tegar yang perlu didirikan (dipasang) dan diturunkan menggunakan peralatan di darat.[3]